Tanggal 22 Disember 2012 adalah Hari Terindah buat aku kerana bergelar isteri kepada kawan yang aku anggap sebagai kawan biasa saje.. Mane taknye zaman aku single2 dulu aku bukan jenis yang suka menggadap seorang saje kawan lelaki. Ramai kawan universiti memperkenalkan aku dengan kawan-kawan lelakinye..Ada yang telah mengganggap aku sebagai teman istimewa tetapi tidak bagi aku kerana aku berpendapat usia yang masih muda tidak perlu memikirkan perasaan "cinta-cinta monyet" begini..Ada kalanye aku berfikir mengapa aku bersikap begini kepada mereka... Mengapa aku mesti menghukum mereka diatas kesilapan dan kezaliman orang lain....Apabila perasaan bersalah menghatui diri ini akan aku cepat-cepat memadamkan perasaan itu tatkala aku teringat akan kisah lama cinta monyet yang telah membuatkan aku benci untuk setia kepada seseorang yang bernama lelaki....Adakah itu dinamakan dendam????Aku pun tidak pasti dengan perasaan itu....Apabila dikenang semula cinta monyet zaman persekolahan memang melucukan..Itulah salah satu sebab mengapa aku begitu berhati-hati mencari teman istimewa apatah lagi memilih pasangan hidup....
Suami????Suami yang aku anggap sebagai "kawan-kawan biasa" dulu begitu memahami aku dari zaman persekolahan sehinggalah zaman universiti aku..Tatkala kami telah disatukan ini pun perasaan "understanding"nya tetap sama dan tidak kurang sedikit pun...Alhmdulilah syukur aku kehadrat Illahi kerana dalam berhati-hati memilih pasangan hidup pendek kata orang-orang tua "banyak songgel" hati aku telah dibukakan untuk menerima kawan-kawan biasa itulah sebagai suami...Mungkin waktu itu sudah sampai jodoh agaknye...Aku manusia biasa tak mampu melawan takdir..aku ikutkan cakap hati bahawa "kawan-kawan biasa" itulah yang terbaik untuk aku..Insyallah Amin HendakNya...Sekarang usia perkahwinan menginjak ke tiga tahun..alhmdulilah belum pun usia menginjak setahun dalam perkahwinan, kami telah dikurniakan seorang baby boy yang sangat comel..Kami namakannye dengan nama-nama nabi..Nur Sulaiman nama diberi..Satu nama yang indah apabila dipanggil...Ramai orang bertanya mengapa namakan anak dengan nama-nama "lama"??? Aku dan suami ringkas menjawab insyllah mudah-mudahan biar dia tergolong dalam golongan orang-orang yang baik budi pekertinye..
Ketika Nur Sulaiman menyambut Hari Kelahiran yang ke 1 tahun...